Pantai Melawi, Kelantan

                                                                 PANTAI MELAWI



        Pantai melawi, bachok di Kelantan adalah antara Pantai yang indah yang ada di Kelantan,kini Pantai melawi semakin menjadi pilihan utama dalam kalangan pelancong dan tempatan dan antarabangsa.pada zaman dulu, ai hanya sekadar sebuah muara biasa, tetapi sekarang telah mengalami Pembangunan dan menjadi dstinasi pelancongan yang menarik hati dengan pelbagai tarikan tempatan yang menunjukkan Lokasi untuk bergambar, resort, chalet, dan homestay.
         Pada mulanya, Pantai melawi ini dikenali sebagai tempat pendaratan nelayan yang menyusurkan hasil tangkapan mereka. Pada 1980-an, Kawasan ini juga merupakan pusat perhatian penduduk kampung yang mencari makanan laut yang murah hasil tangkapan nelayan setempat.seiring berlalunya waktu, Pantai melawi mengalami berubah yang dikenali sebagai lambang perkampungan nelayan yang tetap meneruskan aktiviti ini, meskipun dalam skala yang kecil. Ini menarik perhatian pengunjung dari luar Kawasan yang ingin melihat sendiri keunikan aktiviti ini di kampung ini.
      Selain itu, Pantai melawi juga menampilkan keindahan pasir putih yang halus, memberikan pengalaman berjalan yang menyenangkan. Kehalusannya memberikan keselesaan kepada mereka yang berpijak di atasnya. Tambahan pula,air Pantai melawi menampakkan kejernihan yang memukau, membolehkan para pelancong yang melihat kehidupan ikan kecil yang berada di dasar laut ataupun dengan menyalam dengan riang di dalamnya.

Aktiviti
Pantai melawi juga menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk pengunjung yang datang:


1. Berenang
Pantai melawi menawarkan air laut yang jernih dan tenang, mencipta suasana yang sesuai untuk berenang. Pengunjung juga dapat menyelam untuk melihat dan menikmati keindahan alam kehidupan laut yang ada di dasar laut yang indah.


2. Bersantai Di Tepi Pantai
Dengan keindahan pantai melawi yang berpasir putih dan halus dapat menyediakan keselesaan yang maksima untuk bersantai.Tambahan pula, dengan pokok-pokok kelapa yang meneduhkan kawasan pantai tersebut membuatkan lagi selesa dan tenang.Pengunjung boleh duduk bersantai di tepi pantai, menikmati pandangan pantai dan merasai hembusan angin yang lembut dan membuai sehingga ingin terbaring dan boleh mengeratkan silaturahim bersama keluarga atau pengunjung yang berada di pantai melawi.


3.Bola Tampar Pantai
Di pantai melawi juga menyediakan gelanggang bola tampar pantai yang besar, pantai melawi juga menjadi tempat yang sesuai untuk bermain bola tampar pantai dengan adanya aktiviti seperti begini suasana di pantai akan menjadi lebih meriah dengan semangat sukan dan dapat mengenali antara satu sama lain.


4.Menyaksikan MatahariTerbenam
Pemandangan matahari terbenam di pantai melawi sungguh menabjukkan dengan keindahan warna yang keluar dari matahari yang sedang terbenam. Warna langit berubah dari oren ke merah jambu yang lembut, memberikan pengalaman matahari terbenam yang benar-benar memukaukan di sepanjang pantai.Pengalaman yang indah ini menambahkan lagi keunikan dan daya tarikan kepada Pantai melawi, yang akan menciptakan kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi sesiapa yang dating atau mengunjungi untuk menyaksikannya.



Kemudahan
Kemudahan yang disediakan ini memudahkan lagi pengunjung untuk beriadah, bersantai, dan berehat:

1. Tempat Letak Kereta
Tempat letak kereta yang disediakan di pantai melawi mempunyai kapasiti yang cukup besar dan luas untuk menampung jumlah kenderaan yang banyak jika banyak pengunjung yang datang ke pantai melawi.Ruang letak kereta ini juga cukup selesa dan luas untuk penggunaan.

2. Tandas
Tandas di pantai melawi menonjolkan kebersihan dan keselesaan kepada pengunjung yang datang serta disediakan dengan air yang bersih, sabun, dan tisu untuk kegunaan pengunjung yang menggunaan tandas tersebut.

3. Bilik Sembahyang
Bilik sembahyang yang disediakan di pantai melawi cukup selesa dan tenang. Dalam bilik sembahyang tersebut juga disediakan dengan kelengkapan yang cukup seperti permaidani, sejadah, tempat berwuduk, dan ruang solat yang luas. sesuai untuk pengunjung yang ingin melaksanakan ibadah.

4. Restoran
Restoran yang ada di pantai melawi menyajikan makanan tradisional kelantan seperti ayam percik, nasi kerabu, nasi kak wok, pulut bakar dan ketupat sotong.Selain dari itu, mereka juga ada hidangkan makanan antarabangsa dengan harga yang berpatutan dan memberikan peluang kepada pengunjung untuk merasai pelbagai juadah yang ada.

5. Kedai Cenderamata
Pantai melawi juga ada menyediakan kedai-kedai cenderamata yang menyajikan pelbagai produk cenderahati khas Kelantan yang boleh jadi kenangan seperti kain batik, barang kraf tangan, dan makanan tempatan. Harga cenderahati di kedai-kedai ini juga berpatutan, membolehkan pengunjung membawa pulang kenang-kenangan unik dari Pantai melawi.

Kesimpulan
Pantai melawi mendedahkan keindahan semula jadi destinasi ini kepada pengunjung. Pantai ini juga mempunyai pasir pantai yang bersinar dan halus, air laut yang jernih, dapat menyaksikan matahari yang terbenam  yang memukaukan. keunikan alam semula jadi yang ada di pantai melawi memberikan rasa kagum terhadap pelbagai ekosistem maritim. Pantai melawi ini akan terus menjadi tumpuan ramai pelancong yang mencari pengalaman pantai yang indah dan menyegarkan.




Comments

Popular posts from this blog

Pantai Senok, Kelantan

PANTAI TAPANG, KELANTAN