Posts

Showing posts from December, 2024

Pantai Kuala Rekang, Kelantan

Image
          Pantai Kuala Rekang , yang terletak sebelah persisiran pantai Melawi, Bachok, Kelantan, merupakan salah satu pantai tercantik yang ada di negeri ini. Keindahan semula jadi pantai ini dengan pasir putih bersih dan panorama laut yang menenangkan menjadikannya lokasi pilihan untuk keluarga dan pelancong yang mencari tempat untuk bersantai. Dengan suasana tradisional dan pelbagai tarikan unik, Pantai Kuala Rekang adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan kepada pengunjung.       Perjalanan ke Pantai Kuala Rekang ini hanya  30 minit perjalanan dari Kota Bharu . Lokasinya yang mudah diakses menjadikannya destinasi pilihan untuk penduduk tempatan dan pelancong luar. Selain itu, suasana tropikal yang dikelilingi perkampungan menambah keunikan pengalaman di pantai ini. Tarikan Menarik di Pantai Kuala Rekang, Bachok. Suasana pantai yang sebenar di Pantai Kuala Rekang Kredit: Haris Zamri      Salah satu daya tarikan uta...

Pantai Senok, Kelantan

Image
  PANTAI SENOK, KELANTAN Pesisir Senok di Bachok, Kelantan, merupakan destinasi yang amat diminati di kalangan penduduk setempat. Ia tersohor dengan kecantikannya, memikat hati melalui laluan yang dihiasi dengan pokok-pokok pain yang menjulang di sepanjang tepi pantai. Jabatan Perhutanan dan pihak-pihak terlibat lain telah menanam pohon-pohon itu beberapa tahun yang lalu, dan kini semua pohon itu telah berkembang dan menjulang tinggi. Pantai Senok sering dijuluki sebagai versi Malaysia bagi “Nami Island,” yang terkenal di Korea. Dikenali dengan pemandangan yang menakjubkan, Pantai Senok di Bachok, Kelantan merupakan destinasi yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelawat dari luar kawasan. Keindahan pantai ini menjadi perbualan utama di kalangan penduduk, terutamanya dengan kehadiran barisan pokok pain yang teratur di sepanjang tepi pantai.Pemandangan ini sering diibaratkan sebagai versi Malaysia Pulau Nami di Korea yang terkenal melalui Drama Korea Winter Sonata. TARIKAN...

Pantai Melawi, Kelantan

Image
                                                                  PANTAI MELAWI           Pantai melawi, bachok di Kelantan adalah antara Pantai yang indah yang ada di Kelantan,kini Pantai melawi semakin menjadi pilihan utama dalam kalangan pelancong dan tempatan dan antarabangsa.pada zaman dulu, ai hanya sekadar sebuah muara biasa, tetapi sekarang telah mengalami Pembangunan dan menjadi dstinasi pelancongan yang menarik hati dengan pelbagai tarikan tempatan yang menunjukkan Lokasi untuk bergambar, resort, chalet, dan homestay.          Pada mulanya, Pantai melawi ini dikenali sebagai tempat pendaratan nelayan yang menyusurkan hasil tangkapan mereka. Pada 1980-an, Kawasan ini juga merupakan pusat perhatian penduduk kampung yang mencari makanan laut yang murah hasil tangkapan ...